1 Malaysia Theme Song

Merdeka....Merdeka....Merdeka

31 Ogos adalah merupakan hari kemerdekaan bagi negara kita...Pe erti kemerdekaan kepada kita semua??Pada aku setiap kali kita menyambut merdeka,kita dapat menghayati bagaimana caranya negara kita mendapat kemerdekaan..Tema tahun nie adalah merupakan 1 Malaysia menjana Transformasi..Tema ini sangat bagus kalau kita hayati betul2 kerana melalui tema nie kita dapat memahami yang kerajaan kita sekarang ingin menggabungkan seluruh bangsa di negara nie agar mereka dapat bersatu padu dalam membangukan negara nie..Sama2 lah kita menghayati pe erti kemerdekaan ini....

Bagaimana Menjadi Orang Yang Kreatif

Robert Epstein, Ph.D, seorang psikolog mengatakan bahwa sebetulnya setiap manusia memiliki kemampuan kreatif. Dengan demikian tidak ada alasan kita mengatakan "Saya bukan orang yang kreatif", yang ada hanyalah belum mengasah potensi kreativiti yang dimilikinya. Semakin sering kita mengikuti latihan untuk mengasah kreativiti kita, semakin baik potensi kreativiti yang dimiliki.

Kreativiti terbahagi kepada 3 aspek iaitu :-
1) Kreativiti merupakan kemampuan (Ability)
2) Kreativiti merupakan sikap (Attitude)
3) Kreativiti merupakan sesuatu proses (Process)

Bagaimana Menjadi Orang Yang Berjaya

Di dalam kehidupan ini,mungkin kita selalu berfikir bagaimana caranya untuk kita berjaya di dalam kehidupan.Di sini saya ada sertakan beberapa tips bagaimana caranya untuk kita menjadi orang yang berjaya.

1) Sentiasa berfikiran positif.
Bagaimana caranya kita hendak berfikiran positif.Di sini ada beberapa cara bagaimana untuk kita sentiasa berfikiran positif iaitu :-

  • Ketepikan Emosi Negatif.
  • Ambil Peluang yang kita fikir kita tidak mampu.
  • Sentiasa mengawasi  peluang.

2) Belajar daripada kegagalan dan kesilapan.
Kenapa kita perlu belajar daripada kegagalan dan kesilapan.Ini kerana kegagalan adalah merupakan satu pelajaran kepada kita dan daripada kegagalan@kepahitan yang kita rasa akan berlakunya kemanisan di dalam hidup kita.Yang penting di sini kita janganlah terlalu cepat berputus asa jika kita gagal di dalam sesuatu bidang.. 
3) Sedia berubah.
Kita perlulah bersedia untuk berubah,contohnya jika perniagaan yang kita jalankan tidak menepati sasaran yang ditetapkan,kita perlulah bersedia untuk berubah kepada pelan B.
4) Buktikan pada diri sendiri.
Buktikan pada diri sendiri bukanlah mengatakan kita perlu sombong atau sebagainya,ini berkaitan bagaimana caranya untuk kita mencabar diri kita ke satu tahap yang kita tidak pernah lakukan dan kita percaya yang diri kita boleh melakukannya.
5) Keluar pada zon selesa.
Pernahkah kita terfikir kenapa kita tidak boleh berjaya.Jawapanya : Ini kerana kita masih berada di zon selesa.

Apa yang dikatakan Zon Selesa?
Zon Selesa adalah merupakan sesuatu yang biasa kita lakukan,ini bermakna ia membuatkan kita tidak mempunyai daya saing yang tinggi.